Assalam kepada yang singgah sini baca entri kali ini. and selamat Berpuasa. Hari ini dah puasa ke-12, harap semua berpuasa ya hari ini. Entri Tentang CINTA lagi kan, tapi saya bukan pakar Cinta ya, saja nak share.
Bila kita jatuh cinta dengan seseorang apa yang kita buat??? indah tak dunia rasanya, bila kita jatuh cinta kat seseorang???? kita rasa dunia ini miliki kita kan??? Bila kita terlalu Mencintai seseorang, kita sanggup buat apa sahaja untuk dia kan??? Berkorban apa saja demi orang yang kita Cinta..... betul tak??????
Tapi, cuba kita fikir, bagaimana pula cinta kita pada RASULULLAH????? pernah tak terlintas dalam fikiran kita??? adakah Cinta Kita sama tahap seperti cinta Bilal, dizaman RASULULLAH??? Seseorang yang terlalu mencintai Rasulullah. Kita pula bagaimana???? wahai Diri, agaknya Cinta Mu terhadap RASULULLAH bagaimana??? diri ini memang mudah mengatakan cinta. Bibir and Lidah ini memang fasih mengatakan, "Aku Cinta Rasulullah" .. Tapi yakinkah anda????? apa yang kita buat sebagai bukti kita mencintai Baginda????????? (Jom Tanya Diri)
Aku pernah terlihat seseorang yang memang tak dapat teruskan kata-kata dia, bila menyentuh tentang Baginda S.A.W.. Seorang Cikgu yang memang aku kagumi. Masa tue, dia bercerita tentang Baginda S.A.W, tiba2 airmata dia keluar, dia sedih. SubahanaALLAH, begitu kuatnya Cinta Cikgu tue buat BAGINDA S.A.W..... level cinta kit pula camna????????
apa pun, jom hayati bagaimana Cinta BILAL kepada RASULULLAH..... klik link ini
: http://pecintahabibana.wordpress.com/2013/01/21/hujan-rindu-yang-tak-terbendung-lagi-kisah-cinta-dan-rindu-bilal-bin-rabah/
andainya Cinta Kita juga seperti Bilal.... (apa pun, jom muhasabah diri, perbaiki peribadi kita, insyaallah, Allah always pimpim Diri and Hati kita Di jalan-NYA)
---> Ya Tuhan, penuhi hati kami dengan Cintta dan Rindu kepada MU juga kepada Rasul-MU. Ya Raab, serapkan rasa cinta dan iman seperti Bilal dalam diri kami...
Salam Ramadhan (12 Ramadhan 1434H) (^_^)
No comments:
Post a Comment
thanz for u advice....