Thursday, September 28, 2017

Ceritera Sang Pelangi.



Salam Awal Muharam..Salam Tahun Baru Hijrah, Salam Istiqamah kepada yang tengah berhijrah ke arah lebih baik.Moga Allah sentiasa pimpin Hati kita mencari keredhaan-NYA. 

Sangat lama dah tak berceloteh  panjang di blog ini, sampai tak tahu apa yang harus diceritakan. Dah lama juga tak touch-up page ini, so sorry duhai blog kesayangan patik. Singgah sini, maksudnya memang banyak sebenarnya untuk diceritakan, tapi entah dari mana patutnya bermula. Pendek cerita, diriku memang minat untuk jadi seorang penulis cerita, tapi tak yakin bakat itu masih ada ataupun memang dah hilang di telan zaman. Otak juga dah mula membeku, tiada idea untuk dimulakan. 

Ku biarkan jari ini terus bermain di atas keyboard, mencurhat segalanya yang terlintas di hati dan akal fikiran, entah apa sebenarnya. 5 tahun ku mencari 'feeling' yang pernah tersemat indah di hati ini, 5 tahun juga aku dah kehilangan perasaan itu, 5 tahun juga aku dah hilang rasa percaya dengan perasaan itu. Bukan juga tak move-on dengan semua yang dah jadi, bukan juga tak dapat terima perjalanan hidup yang di atur oleh-NYA, namun hati ini saja untuk berbicara, berbicara tentang rasa itu. Kini, aku belajar untuk memiliki rasa itu semula tanpa sedikit pun kekurangannya, ajarkan aku untuk terus menghargainya, bantu aku untuk terus mempercayainya, kerana ku tahu, tak semua yang kita impikan, akan menjadi milik kita. Untuk mu duhai Hati, kuatlah selalu, yakinlah janji Tuhan itu pasti. Tidak semua luka yang kau rasa itu, akan terus berdarah, yakinlah bahawa ada kemanisan dalam setiap luka yang kau alami. 'DI SEBALIK HUJAN YANG LEBAT ITU, PASTI ADA PELANGI YANG INDAH AKAN MENYUSUL'.... 




sekian, untuk hari ini.. will be continue for the next story. :p 

No comments:

Post a Comment

thanz for u advice....

Cerita DiarY Hati aku

“Don't walk behind me, I may not lead. Don't walk in front of me, I may not follow. Just walk beside me and be my friend.”

aMy_NBIP 1906