salam and selamat membina azam baru tuk 2013 ini...pejam celik, tak sedar kan sehari lagi 2012 tinggalkan kita dah...hmm, betul jugalah 'Masa itu ibarat Pedang'.....terlalu cepatkan masa berlalu....pa pun, now kita tutup kamus lama and buka kamus baru plak untuk tahun 2013 nie, even hakikatnya buku sebelah kanan and kiri kita dah buku baru kan since 1 muharam ari tue,hehe....tapi setiap hari kita nak melakar sesuatu yang baru dalam hidup seharian yang ALLAH masih berikan untuk kita....betul tak???
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
وَالْعَصْرِ (١)إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢)إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)
"demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati agar mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya sentiasa sabar dijalan-NYA.." (Surah Al-Ashr)
hmm, bila korang tengok title post saya kali nie, jangan pula fikir saya dilamun cinta ekk...hehe..memang tengah bercinta sebenarnya nie, tapi CINTA KEPADA YANG SEPATUTNYA...semua orang bila bercinta, perkara pertama yang mereka akan buat adalah berusaha untuk mengenali dia dengan lebih dekat, nak tahu semua tentang dia....tue jugalah motif title tuk post ari nie...
kita manusia biasa, yang tak pernah lari dari kesilapan. semua orang pernah terluka, majoriti kita manusia pernah tertipu oleh cinta yang sementara nie...tapi dari kelukaan and dari kesakitan tue kita mula sedar ada CINTA YANG SEBENAR untuk kita....so, tak patut kita seksa diri bersedih lama-lama kan....cakap pada diri, biar kita kehilangan cinta orang yang kita sayang, tapi jangan kita hilang cinta NYA....kerna itu lagi parah if berlaku.....
tapi sesetengah dari kita, hanya di saat terluka tue la dia ingat cinta-NYA...tapi bila dah jumpa sumbody yang boleh happykan dia balik, dia mula lupa cinta kepada-NYA....nauzubillah.....(moga kita tak tergolong dalam orang seperti ini ya)
jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah berusaha untuk mengenal cinta-NYA....if kita boleh kenal cinta sementara di dunia nie, if kita boleh hanyut dengan cinta yang entah apa-apa tue, why not sekarang nie ubah persepsi diri...perbaiki diri untuk kita menjadi seorang hamba yang hatinya dipenuhi dan disuburi cintaNYA.....berusahalah untuk kita menjadi hamba yang cemerlang disisi-NYA....dan berusahalah untuk mengenali kekasihnya yang amat mencintai kita, umatnya....manusia yang diciptakan ALLAH untuk membawa cahaya dalam kehidupan kita...bersyukurlah kita dan berusahalah kita ke arah yang lebih baik... tak rugi malah ia sangat menguntungkan kita baik di dunia dan insyallah di Akhirat sana....
"Ayat-ayat Cinta-NYA.... membuat hidup penuh makna...
Membalut Luka Lama.... Dengan Lilitan Cinta Tiada tara...
Moga Istiqamah Berselimut Mujahadah...
Kerana Manisnya Syurga yang Tiada Dua..."
-- SentuhLah Jiwa Mu Dengan Ayat-ayat Cinta ALLAH --
p/s:: cintai ALLAH dan RASULNYA itu adalah lebih utama kita di muka bumi ini...
No comments:
Post a Comment
thanz for u advice....