setiap yang berlaku pasti ada HIKMAH, itulah kata-kata yang aku pegang....tak dinafikan kadang-kala kita rasa perit sangat kehidupan ini, kadang-kala kita rasa sakit sangat, kadang-kala kita rasa nak putus asa je ngan semua nie, and kadang-kala kita rasa nak akhiri semua nie dah,...kehilangan sesuatu yang kita sayang, membuatkan hati kita rasa kosong, rasa sunyi sangat.....
kita menangisi sesuatu yang pergi dari hidup kita, sesuatu yang kita rasa paling berharga tuk kita, sesuatu yang sangat kita sayang, kita rasa itu adalah untuk kita.....tapi hakikatnya kita lupa dan langsung tak tahu apakah itu sudah cukup TERBAIK untuk kita or itu adalah satu cubaan yang perlu kita hadapi untuk dapatkan yang lebih BERNILAI tuk diri kita sendiri...kita lupa yang kita tak pernah kehilangan satu perkara iaitu DIA....sentiasa ada, sentiasa dekat, sentiasa bersama kita walau di mana jua...DIA lebih tahu segalanya... ADA MU, HIDUP KU SENTIASA TENANG.....
Merenung ke luar jendela,
melihat kebesaranNYA,
mensyukuri segala nikmat
yang dikurniakan di Dunia
Kau Berikan ku Kekuatan,
Tuk berpegang pada jalan,
Walau Penuh dengan Cabaran,
Ku tahu ku ada Mu TUHAN...
Kerna Kau yang SATU,
Yang setia bersama Ku,
Dikala ku Jatuh ku Bangkit Kerna MU,
Ku Tahu Ku adaMU disisi ku selalu,
Bantulah Hambamu mencari KeredhaanMU...
Ku Tahu Ku Ada MU,
Ku Ada MU Selalu...
hati aku berkata:::: walau dimana kamu berada sahabat ku, kamu sentiasa ada dihati...HANYA DIA YANG TAHU SEGALANYA......
"hidup kita takkan pernah kosong bila DIA sentiasa ada dalam diri kita....
hidup kita takkan pernah sunyi bila CINTA buat DIA sentiasa mekar......
dan...
hidup kita sentiasa akan terus bersinar bila semuanya adalah HANYA UNTUK DIA.....
No comments:
Post a Comment
thanz for u advice....