PENGUBAT HATI YANG SANGAT MUJARAB
بسم الله الرحمن الرحي



TERJEMAHAN : Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
1). Apabila telah datang pertolongan ALLAH dan kemenangan.
(When the victory of Allah has come and the conquest,)
2). Dan kamu lihat manusia masuk agama ALLAH dengan berbondong-bondong.
(And you see the people entering into the religion of Allah in multitudes)
3). Maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNYA. Sesungguhnya DIA adalah Maha Penerima Taubat.
(Then exalt [Him] with praise of your Lord and ask forgiveness of Him. Indeed, He is ever Accepting of repentance.)
SURAH AN-NASR yang bererti "Kemenangan" adalah surah ke-110 dalam al-quran yang mengandungi 3ayat. ia dinamakan An-Nasr kerana ALLAH memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w apabila mencapai kemenangan dengan menguasai TAnah Suci Mekah hendaklah bersyukur dengan mematuhi segala perintah ALLAH serta memohon ampun padaNYA.
turunnya surah ini adalah merupakan tanda telah tiba waktu Rasulullah akan wafat, sehingga menyebabkan puteri baginda iaitu FATIMAH r.a menangis mendengar khabar tersebut, bagaimanapun, beliau tersenyum semula apabila baginda s.a.w memberitahu bahawa fatimah akan segera mengikuti baginda.
PENGAJARAN yang kita dapat dari ayat nie:
1. disyariatkan merasa sedih kerana ditinggalkan mati (oleh seseorang), bagaimanapun jangan sampai meraung sehingga keluar suara yang kuat.
2. sentiasa BERSYUKUR kepada ALLAH ketika memperoleh kenikmatan, dan dalam apa jua situasi.
3. kita fahami sendirilah, rajin-rajinlah baca ayat nie, tak juga rugi pun. malah dapat pahala lagi. ikhlaskan diri dalam apa jua situasi ya. ^_^
---> if kita rajin baca tafsir al-quran mesti banyak benda yang kita belajar kan??mesti banyak perkara yang kita tahu, hmm saya lemah sebenarnya sal bab nie, even dulu saya adalah budak sekolah agama tapi saya mengaku ilmu saya cetek tentang nie, but why not kita belajar kan. menuntut ilmu itu adalah fardhu ain, seperti dalam satu hadis :"Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina". (Al-Hadis) hehe.... saya suka share apa yang saya tahu kat semua orang, coz berkongsi ilmu itu adalah sesuatu yang indah,betul tak???hmm, banyak benda saya belajar sebenarnya since last year. biasalah status "PENGANGGUR BERJAYA" masa tue, tak da benda nak buat so tafsir al-quran and buku2 lain adalah teman setia saya,hihi....and rasanya saya orang last kan yang dapat baca habis tafsir al-quran tue??tapi jadi orang last pun, saya bersyukur juga coz dapat baca dan fahami maksud setiap ayat al-quran yang selalu kita baca tue. pendek cerita, basah kanlah LIDAH kita dengan ayat-ayat ALLAH, INSYAALLAH perjalanan hidup kita akan lebih mudah.
p/s :: saya juga masih dalam status pembelajaran ya, pa yang salah silalah tegur. diri ini tak sempurna, so sama2lah kita perbaiki diri ya. ^_^
No comments:
Post a Comment
thanz for u advice....