Tuesday, January 10, 2012

Mengapa Harus BersediH???

“Dunia ini terlalu hina untuk ditangisi” bila kita baca entry  ini dalam buku LA TAHZAN  siri 2, memang banyak sedarkan kita. Kita memang sedia maklum dunia ini hanya sementara, akhirat yang kekal.Kehidupan disana adalah yang kekal dan terindah.

ALLAH  benar janjinya. ALLAH telah menentukan sesuatu.Yang hilang tidak bermakna  binasa.Yang pergi tidak bermakna kita hilang segalanya. Kalau kita ukur banyak mana yang ALLAH ambil, di banding dengan banyak mana yang ALLAH telah beri kepada kita. Seperti dalam FIrman ALLAH:

                “ kalau kita cuba hitung nikmat ALLAH, nescaya tidak akan terhitung banyaknya.” (Ibrahim 14:34)

Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya.Apa yang kurang?? Semua ALLAH bagi dengan kita.Tapi pernahkah kita bersyukur atas setiap pemberian ALLAH?? Hanya segelintir orang yang sedar akan semua ini. Hmm…sangat2  mengecewakan dan sangat2 merugikan andai kita tergolong dalam golongan yang tidak tahu bersyukur atas anugerah yang diberikan oleh ALLAH. Masya ALLAH…

Dan apabila musibah menimpa diri kita, ALLAH tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-NYA, mengapa harus berdukacita??? Mengapa harus bersedih???Bukankah itu petanda bahawa ALLAH mungkin menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik dari sebelumnya… ALLAH tarik sesuatu untuk ALLAH berikan sesuatu yang lain, itu Tidak Mustahil!!!

                “ berlapang dada kepada ALLAH, bahawa ALLAH menentukan segalanya. Yakinlah. (Firman ALLAH} : “jangan takut, jangan berdukacita.” ( al-Ankabut 29:33)

Kadang-kadang manusia selalu berdukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Pelbagai masalah dan ujian hidup yang dia hadapi sehingga membuat jiwanya tertekan…

Mengapa harus bersedih??? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah??Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini. Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.

Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini selain daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis???Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar dan tersangat besar. Sebab itulah “MUJAHADATUN-NAFS” – melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.

Iblis telah bersumpah dengan ALLAH SWT  bahawa dia akan menggangu, menggoda Dan menyesatkan bani Adam. Mereka akan berusaha untuk melakukan hal itu secara berterusan, sejak daripada kita lahir, dewasa hinggalah kita kembali kepada  ALLAH  SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi, adapun selain daripada itu, anggaplah ia asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita dan juga mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

YAKINLAH  DENGAN  SEBARANG  MASALAH  DISERAHKAN  KEPADA  ALLAH.  KITA SETAKAT  BERUSAHA,  ALLAH  JUA MENENTUKAN. J

No comments:

Post a Comment

thanz for u advice....

Cerita DiarY Hati aku

“Don't walk behind me, I may not lead. Don't walk in front of me, I may not follow. Just walk beside me and be my friend.”

aMy_NBIP 1906