Saturday, April 9, 2011

Don't B saD (LA TAHZAN)

JanGan Bersedih..(Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan)...mesti ramai orang yang dah baca buku nie..best sangatkan..kepada sesiapa yang belum baca, jangan lupa baca..ia banyak bagi kesedaran pada diri kita.tak tahu sebenarnya nak tulis apa hari nie, coz terlalu banyak yang bermain dalam kepala otak nie,hehe...kalau korang dah baca buku "JANGAN BERSEDIH", pasti korang ingat tajuk "Jangan Bersedih, Kerana Dunia Terlalu Hina Untuk Ditangisi"..


Bila fikir balik, semua orang kat dunia pernah rasa sedih yang teramat sangat. sedih sebab pelbagai perkara yang berlaku pada diri kita, betul tak???hehe.....macam saya juga.kadang-kadang kita nie lupa yang sebenarnya ALLAH sedang uji sejauh mana ketabahan dan kekuatan hati kita untuk menghadapi semua ujian dan ketentuan qada dan qadar yang ALLAH berikan pada kita..Kalau fikir balik, terasa diri ini jahat sangat. terasa diri ini lemah sangat.


If korang ada tengok cerita Halaqah, kat TV9 time hari selasa hari itu tajuk dia "Yang Dicipta", mesti masa tue kita rasa insaf sangat, tue pun kepada sesiapa yang memiliki hati nuranilah. tajuk hari tue, memang bagi kesedaran betapa kerdilnya kita, betapa jahatnya kita, tetapi ALLAH masih bersama kita.Betapa sayangnya ALLAH dengan hamba-hambaNYA.Tapi, kita yang kadang-kala lupakan ALLAH..manusia oh manusia...insaflah..ingatlah, ALLAH itu maha melihat..maha mengetahui setiap perkara yang kita lakukan..


Cuba bayangkan, andai ada CCTV untuk kita di dunia nie, ALLAH tunjukkan kepada kita tentang apa yang kita lakukan sebelum-sebelum ini, pasti kita semua rasa malukan??mesti semua akan fikir, "kalaulah boleh masa tue berputar balik, nak jak kembali ke hari semalam, perbaiki semuanya", betul tak???tapi, penyesalan dah tak berguna.semuanya akan diperlihatkan masa di akhirat nanti...dan masa tue,tak da maknanya kita menyesal, coz semuanya dah terlambat.


Saat nie, apa yang perlu kita buat adalah berusaha dekatkan diri dan mencari keredhaan ALLAH. pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk kita semua.Ingatlah ALLAH itu maha penyayang. DIA tak pernah pun lupakan kita. Ingatlah, mencintai ALLAH adalah yang terindah. muhasabah diri, perbaiki peribadi.


"KEBAHAGIAAN ADALAH ANDA MERASA AMAN ATAS DIRI, MASA DEPAN, KELUARGA, DAN KEHIDUPAN ANDA SENDIRI. DAN SEMUA INI TERHIMPUN DALAM KEIMANAN, REDHA TERHADAP QADHA DAN QADAR ALLAH SERTA DI IRINGI DENGAN SIKAP QANA'AH DAN SABAR."

No comments:

Post a Comment

thanz for u advice....

Cerita DiarY Hati aku

“Don't walk behind me, I may not lead. Don't walk in front of me, I may not follow. Just walk beside me and be my friend.”

aMy_NBIP 1906