kehadirannya adalah amat dinanti dan pemergiaannya adalah amat dirindui...bulan yang penuh berkat.Semua orang rindukan Bulan Ramadhan, begitu juga diri aku..Tapi Ramadhan kali nie, benar-benar buat aku sedih...Ramadhan aku tanpa mak disisi bukan sahaja untuk hari pertama tapi untuk selamanya.
Semua still rasa sedih jak kat umah nie, still rasa kehilangan, tapi masing-masing sembunyikan perasaan tue. Tiba-tiba jak lewat malam camnie, aku dapat mesej. Ingatkan sapa yang mesej, rupanya kak aku plak. Aku tahu,semua nie memang susah nak diterima,coz rasanya baru semalam jak kitaorang sama-sama ngan mak, tapi,huh.....tak boleh gak disalahkan takdir, coz semuanya dah tertulis oleh-NYA. untuk semua kak and abang serta adik-adik aku, jalan yang terbaik untuk kita lakukan bila rindu itu bertandang adalah berdoa,dengan harapan moga roh mak,juga ayah serta kak sulung kta dirahmati ALLAH. Moga mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman,amin......
Apa pun berlaku, kita kena hadapi dan lalui semuanya dengan hati yang tabah.harap kita semua sentiasa bahagia dan mendapat perlindungan dari yang ESA,amin.....moga Ramadhan tahun nie beri seribu makna dalam kehidupan kita, insyaALLAH.....

No comments:
Post a Comment
thanz for u advice....