Sunday, October 19, 2008

realiti kehidupan..

hidup tak selalunya indah..ada yang manis dan pahit.itulah asam garam kehidupan. tak dinafikan seringkali kita didatangi pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup.kita sebagai makhluk ciptaan-NYA perlu taat dan patuhi segala seruan-NYA..setiap ujian yang datang dalam diri kita,perlulah kita hadapi dengan hati yang tabah dan sentiasa berdoa pada-NYA. percayalah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. sesungguhnya ALLAH itu maha adil,maha mengetahui segalanya...kita adalah makhluk ciptaannya dan kepada-NYA jua kita kembali.
kadang-kadang kita selalu alpa dengan tanggungjawab kita di muka bumi ini..leka disebabkan hal-hal dunia, sehingga kita tak sedar siapa kita sebenarnya.kita sentiasa lupa bersyukur pada-NYA akan kehidupan yang DIa berikan. hari-hari yang kita lalui sebenarnya adalah peluang kita untuk mendekatkan diri pada-NYA. ingatlah setiap apa yang ada dengan diri kita pada hari ini adalah atas kehendak-NYA.sama-samalah kita muhasabah diri dan perbaiki diri kearah kebaikan. sesungguhnya ALLAH sentiasa memberi peluang untuk kita bertaubat, mendekatkan diri kepada-NYA...

No comments:

Post a Comment

thanz for u advice....

Cerita DiarY Hati aku

“Don't walk behind me, I may not lead. Don't walk in front of me, I may not follow. Just walk beside me and be my friend.”

aMy_NBIP 1906